english lebuh raya elektrik pertama dunia | MIMPIDHIA

lebuh raya elektrik pertama dunia



Sebuah trak Scania sedang diuji di laluan perlahan lebuh raya elektrik di Sweden.

GAVLE, Sweden – Lebuh raya elektrik pertama dunia yang baru dibuka berhampiran bandar Sandviken di sini sedang diuji pihak berkuasa tempatan.

Trek mesra alam sepanjang dua kilometer itu dibina di atas Lebuh Raya E16. Ujian percubaan selama dua tahun sedang dilakukan untuk melihat keberkesanannya.

Jika terbukti berkesan, lebuh raya elektrik berkenaan mungkin dipanjangkan laluan sehingga 110 kilometer iaitu dari bandar Borlange ke Gavle.

Lebuh raya elektrik itu dipasang kabel tergantung di atas jalan tar yang menyalurkan tenaga elektrik kepada kenderaan sebagai kuasa penggerak, sama seperti sebuah trem atau kereta api elektrik.

“Banyak syarikat memerlukan khidmat pengangkutan untuk membawa barangan melalui lebuh raya ini kerana kapasiti kereta api membawa muatan sudah terlalu padat.

“Lebuh raya ini bagaikan satu laluan fleksibel. Projek ini boleh dikembangkan dalam beberapa tahun lagi,” kata Magnus Ernstrom yang merupakan pengurus projek bagi pihak berkuasa negeri Gavleborg
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia