GUANMING mengayuh beca roda tiganya di Chinatown, London
Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya ke London .
Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut.
Dia tiba di London dengan menaiki feri dari Perancis .
Guanming memulakan perjalanannya sejauh 60,000 kilometer itu dari kampungnya di wilayah Jiangsu.
Sebanyak 16 buah negara telah dilaluinya sepanjang perjalanannya itu.
Guanming berkata, dia tidak pernah ke luar negara sebelum memulakan perjalanan ke London.
Beca roda tiga miliknya dipenuhi dengan barang-barangnya.
Terdapat gambar yang menunjukkan dia berada di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Menara Eiffel di Paris.
Pengalaman paling buruknya ialah semasa mengembara ketika banjir melanda Thailand.
Menurutnya, dia juga terperangkap dengan cuaca sejuk di Turki.
Seorang broker Britain, John Beeston yang boleh bercakap bahasa Mandarin berkata, dia menemui Guanming yang sesat di bandar raya ini.
Antara negara yang pernah dilaluinya dengan beca tersebut ialah Vietnam, Pakistan dan Itali.
"Saya berasa gembira kerana dapat datang ke London," katanya.
Dia merancang untuk menaiki kapal ke Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil.
0 comments:
Post a Comment