english komik Thor dilelong pada harga RM239,000 | MIMPIDHIA

komik Thor dilelong pada harga RM239,000



KULIT komik Thor ini berjaya dilelong pada harga £44,000.

DORSET, Britain – Seorang wanita berusia 42 tahun tidak menyangka kulit buku komik Thor pemberian mendiang bapanya sejak 30 tahun lalu berjaya dilelong pada harga £44,000 (RM239,000).

Kulit komik itu adalah lukisan asli watak adi wira Thor bagi komik Marvel edisi ke-158 terbitan Disember 1968. Komik itu dianggap edisi berharga kerana Thor, pada ketika itu menyedari dirinya adalah seorang adi wira.

Ia adalah hasil kerja artis Jack Kirby yang juga mencipta watak Hulk, Captain America dan X-Men.

Wanita itu terkejut selepas mengetahui kulit komik yang ingin dijualnya itu menarik minat pengumpul-pengumpul komik sebelum dijual pada harga £44,000.

Richard Bromell daripada firma lelongan Charterhouse Auctioneers di Sherborne di sini berkata, kulit komik itu dianggarkan bernilai antara £5,000 (RM27,000) hingga £8,000 (RM43,100).

“Ia dijual kepada seorang pembida dari Ohio, Amerika Syarikat,” katanya.

Thor ialah putera kerajaan Asgard dalam komik Marvel. Filem Thor arahan Kenneth Branagh pula ditayangkan pada tahun 2011 dan meraih keuntungan lebih daripada £73 juta (RM393.2 juta).
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia