english ‘Iron Man’ Indonesia | MIMPIDHIA

‘Iron Man’ Indonesia

INI bukan adengan dalam filem, tetapi tangan bionik ini memang wujud dan ia dicipta sendiri oleh lelaki warga Indonesia ini berdasarkan ilham adaptasi daripada filem Iron Man.

Wayan Sumardana Sutawan, berasal dari Bali mampu mencipta tangan unik itu meskipun beliau bukan daripada golongan mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya kejuruteraan fizikal atau mekanikal.

Apa yang membuatkan kami bertambah kagum ialah, Sutawan atau lebih dikenali dengan panggilan Tawan mempelajari teknologi tangan bionik tersebut hanya menerusi Internet serta berpandukan video di YouTube.

Menceritakan lebih lanjut bagaimana tangan bionik ini dihasilkan, Tawan bercerita dia pada mulanya disahkan menghadapi penyakit angin ahmar sejak enam bulan lalu.

Perkara tersebut membuatkan tangan kiri lelaki yang kini berusia 31 tahun itu sukar untuk digerakkan.

Menurut doktor, penyakitnya itu juga akan menyebabkan Tawan sukar untuk melakukkan kerja hariannya, iaitu sebagai buruh besi di sebuah bengkel tempatan.

Tawan melihatkan perkara ini lantas mencari idea bagaimana untuk membuatkan tangannya kembali ‘berfungsi’ disamping keluarganya yang mengharapakan dirinya untuk menampung pembelanjaan hidup.

Lantas Sutawan yang menanggung pelbagai beban dan kedaifan hidup nekad menggunakan barangan-barangan di bengkel besinya dan dikatakan telah berkali-kali gagal ketika ciptaannya itu hampir 50 peratus siap.

Namun berkat ketekunan dan kesabarannya, Tawan akhirnya berjaya menjadi ‘Tony Stark’ di dalam bengkel kecilnya yang mana tangan bionik tersebut mampu digerakkan dengan menggunakan otak.

Berita mengenai kejayaan beliau telah membuatkan dirinya digelarkan ‘Iron Man Bali’ daripada media tempatan.

Kini, Tawan menjadi ‘hero’ popular di Indonesia dan berita mengenai kejayaanya turut disiarkan di kebanyakan laman web antarabangsa seperti 9GAG.









Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia