english Sakit Mental Kot..?..Undur & Hentam Kereta Belakang Sebelum Lari | MIMPIDHIA

Sakit Mental Kot..?..Undur & Hentam Kereta Belakang Sebelum Lari






SEORANG wanita menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan dihadapanya secara tiba-tiba mengundur dan melanggar kenderaan yang dipandunya, sebelum melarikan diri.

Insiden dikatakan berlaku di Kilometer 62.7 Lebuhraya Utara-Selatan ketika mangsa yang menggunakan kenderaan MPV dalam perjalanan ke Johor Baru, kira-kira jam 7 malam Ahad.

Menerusi video, pemandu Proton Inspira itu kelihatan berada di hadapan MPV melalui kamera dashcam yang dipasang di papan pemuka kenderaan berkenaan.

Sejurus selepas itu, pemandu Proton Inspira itu tiba-tgilaiba menekan brek di lorong kanan, sebelum dia mengundur keretanya dan melanggar MPV di belakangnya.

Pemandu Proton Inspira itu kemudiannya memecut dari tempat kejadian.

Mujurlah mangsa pada ketika itu yang membawa ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian pelik itu turut menerima pelbagai komen, kebanyakannya menyifatkan pemandu Ispira terbabit sengaja mencipta ‘kemalangan’ bagi menyalahkan mangsa yang berada di belakang.

Namun, ada yang menganggap pemandu MPV itu mungkin telah menyinggung perasaan pemandu Proton Inspira di jalan raya, menyebabkan berlakunya insiden pelik itu.

Mangsa bagaimanapun telah membuat laporan polis, berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pemandu ‘gila’ itu yang bernombor pendaftaran Johor.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia