english Senangnya Penyeluk Saku Ni Curi Handphone | MIMPIDHIA

Senangnya Penyeluk Saku Ni Curi Handphone





SEORANG penyeluk saku atau pencompet berjaya mencuri telefon bimbit seorang wanita di China dalam sekelip mata sahaja tanpa disedari mangsa.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen kereta api bawah tanah (Subway) Chengdu berjaya merakam aksi penyeluk saku tersebut.

Berdasarkan klip yang tersebar, seorang wanita memakai baju berwarna merah jambu diekori dua lelaki dari arah belakang dan mangsa tidak menyedari salah seorang daripada lelaki itu mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan pada poket belakang.

Walau bagaimanapun, laman berita tempatan negara itu tidak menjelaskan sama ada kedua-dua suspek berkenaan telah dikenalpasti atau tidak, serta dikenakan tindakan terhadap kes tersebut.

Kejadian itu sebenarnya berlaku pada 17 November lalu namun mula tersebar sejak Khamis lalu dan rakaman itu telah ditonton lebih 3.2 juta pengguna laman sesawang.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia