english Aksi ‘Gila’, Meluncur Ketika Banjir | MIMPIDHIA

Aksi ‘Gila’, Meluncur Ketika Banjir



SAAT masyarakat  Moscow enggan keluar rumah berikutan banjir yang melanda ibu kota Rusia itu, dua lelaki di bandar itu mempunyai idea menarik yang tersendiri.

Media negara tersebut melaporkan kemunculan dua lelaki tempatan selamba sahaja menjadikan ‘malapetaka’ alam  itu sebagai sesuatu untuk menghiburkan diri mereka sendiri.

Nikita Kantorov dan Andrey Trukov dirakamkan berjaya melakukan aksi ‘gila’ tersebut apabila meluncur laju di sebatang jalan raya sibuk yang tenggelam dinaiki air seperti sungai di pusat bandar berkenaan.

Melalui sebuah video berdurasi kurang satu minit menunjukkan salah seorang daripada mereka yang berpakaian sut renang meluncur di jalan sambil ditarik oleh sebuah kenderaan berwarna kelabu gelap.

Beberapa orang awam yang berada di situ melihat kejadian ‘gila’ tersebut sambil bersorak gembira seolah-olah cuba memberi semangat kepada individu berkenaan.

Menurut Kantorov kepada sebuah laman berita tempatan, dia sudah lama berhasrat untuk melakukan aksi itu, namun tidak berhasil kerana hujan kebetulan turun tidak lebat.

“Idea ini sudah lama terlintas di fikiran saya. Namun masih belum dapat direalisasikan kerana hujan yang turun sangat sedikit, sehinggalah hari ini tiba.

“Saya tidak ragu sama sekali untuk melakukan aksi tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, hujan yang melanda Moscow pada Selasa lalu merupakan yang paling lebat diterima bandar itu sejak 1887 menyebabkan beberapa jalan raya di bandar berkenaan dinaiki air.


Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia