english Nikko Monyet Salji Tertua Amerika Utara | MIMPIDHIA

Nikko Monyet Salji Tertua Amerika Utara



Nikko menyambut ulang tahun ke-33nya pada 7 September iaitu semalam. Difahamkan, Nikko adalah satu-satunya dari spesiesnya yang mampu mencapai usia sebegitu.

“Nikko tiba di zoo haiwan ini pada tahun 2001. Sejak itu, dia menjadi salah satu tarikan di tempat ini,” kata pengurus zoo, Tom Ness.

Tambah Ness, sifat Nikko yang ‘tenang’ membuatkannya boleh mencapai umur 99.5 peratus lebih panjang daripada spesiesnya.

“Sebagai salah seekor jantan yang dominan, Nikko seekor monyet yang ‘tenang’ dan selalu membantu mewujudkan kedamaian di antara kumpulannya.

“Sifat itu yang mungkin menyebabkan dia hidup dua kali lebih panjang daripada spesiesnya,” jelas Ness.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia