english Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia | MIMPIDHIA

Tanah Perkuburan Terbesar Di Dunia



RATUSAN ribu batu penanda, nisan dan makam yang berselerakan di Wadi Al-Salaam; bermaksud Lembah Damai adalah sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di kota suci Najaf, Iraq.

Meliputi kawasan seluas mata memandang sebesar 1,485 ekar dan mengandungi berjuta-juta jasad pengamal Syiah ini menjadikan Wadi Al-Salaam salah satu daripada pesaing kuat untuk gelaran tanah perkuburan terbesar di dunia.

Najaf sendiri merupakan salah satu daripada bandar-bandar terbesar Iraq, dengan jumlah penduduk hampir 600,000 orang.

Perkuburan Wadi Al-Salaam juga merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia di mana proses pengebumian masih berterusan hingga ke hari sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Sehingga kini dianggarkan ada sejumlah lima juta kubur di sana.



TANAH PERKUBURAN YANG MELIPUTI KAWASAN SELUAS MATA MEMANDANG SEBESAR 1,485 EKAR DAN MENGANDUNGI BERJUTA-JUTA JASAD PENGAMAL SYIAH.




JUMLAH JENAZAH DI WADI AL-SALAAM SEMAKIN MENINGKAT OLEH KERANA PERTAMBAHAN MANGSA YANG TERKORBAN DALAM PEPERANGAN MENENTANG PEJUANG ISLAM ISIS DI NEGARA ITU.


Antara nabi, raja dan sultan yang dsemadikan di tanah perkuburan ini termasuk Nabi Hud, Nabi Saleh dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta khalifah terakhir dalam dinasti Khulafa Ar-Rasyidin, Ali Ibn Abi Talib.

Meskipun dianggarkan sebanyak 50,000 jenazah disemadikan di Wadi Al-Salaam setiap tahun, namun dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini jumlah itu semakin meningkat oleh kerana pertambahan mangsa yang terkorban dalam peperangan menentang militan Daesh di negara itu.

Walaupun kawasan tanah perkuburan ini begitu luas, ruangan kosong di Wadi Al-Salaam semakin berkurang terutamanya di kawasan berhampiran makan Imam Ali.

Populariti tanah perkuburan suci ini menjadikan harga sesebuah lot kubur seluas 500 kaki persegi naik daripada AS$1,500 (RM5,948) pada tahun 1991 kepada nilai AS$10,000 (RM39,659.50) hari ini


Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia