english sesak...china hadkan jualan kereta | MIMPIDHIA

sesak...china hadkan jualan kereta



Pihak perbandaran Guangzhou mengehadkan jualan kereta bagi mengurangkan kesesakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar, lapor agensi berita rasmi Xinhua .

Menurut agensi berita itu, hanya 120,000 buah kereta baharu dibenarkan didaftarkan dalam tempoh setahun yang bersamaan dengan 10,000 buah kereta sebulan.

Bandar raya ini adalah yang ketiga selepas Beijing dan Guiyang yang menghadkan jualan kereta sebagai usaha untuk memperbaikan trafik dan kualiti udara.

Pihak pengurusan bandar raya Beijing mengehadkan pemilikan kereta kepada 20,000 buah sebulan pada Januari tahun lalu.

Menurut Xinhua, semasa waktu puncak, kereta di Guangzhou hanya boleh bergerak selaju 20 kilometer sejam

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia