english Menjejak Pengirim Email | MIMPIDHIA

Menjejak Pengirim Email



Cara nak jejak penghantar email. Ada kalanya kita pernah menerima email yg berupa spam, penipuan, undian dengan janji hadiah lumayan, berita palsu dan sebagainya. masalahnya kita tidak tahu siapa penghantar tu dan di mana lokasi penghantar email tersebut.

Lepas ni jgn susah hati lagi anda boleh menjejak penghantar email tersebut dgn mudah dan dapat tahu IP Address pengirimnya beserta lokasi melalui imej satelit siap dengan koordinatnya sekali.

Pendek kata semuanya lengkaplah... Tak boleh nak nyorok lagi lah.
Caranya sila ikut langkah2 di bawah:
  1. Anda buka laman web ini http://www.ip-adress.com/trace_email/
  2. Kalau dah buka anda perlu masukkan "header email" (maklumat yg ada pada setiap email spt IP Adress pengirim dan penerima email).
  3. Bagaimana cara melihat "header email":
  4. Yahoo Mail Baru: Klik kanan pilih "View Full Headers".
  5. Yahoo Mail Classic: Buka email scroll ke bawah dan lihat di bahagiah bawah sebelah kanan ada menu "Full Headers"(klik jer la).
-Hotmail: klik kanan pilih "View Source"
-Gmail: Buka email, di bahagian atas ada pilihan "Reply", klik pada tanda   anak panah ke bawah pada pilihan "Reply" dan pilih "Show Original".
-Outlook Express: Buka email Klik menu "File" pilih "Properties"
  kemudian "Details" seterusnya "Message Source".
-Microsoft Outlook: Double klik email utk melihat dlm full window
 kemudian buka menu "Option" dan pilih "View".
  1. Anda hanya perlu copy/paste semua maklumat email header tadi ke http://www.ip-adress.com/trace_email/ .Kemudian klik "Trace Email Sender".
  2. Untuk melihat dengan lebih detail lagi anda boleh klik "whois".

Selamat mencuba.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia