english Pemain Dinasihat Awasi Periuk Api | MIMPIDHIA

Pemain Dinasihat Awasi Periuk Api







PEMAIN aplikasi popular Pokemon Go di Bosnia Herzegovina dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak melintasi kawasan yang memilik periuk api di kawasan-kawasan peninggalan konflik peperangan era 1990-an.

Memetik laporan BBC, badan NGO, Posavina Bez Nina mengeluarkan amaran tersebut selepas dimaklumkan terdapat pemain yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Kami menerima maklumat terdapat pemain Pokemon GO di Bosnia memasuki kawasan mengandungi periuk api untuk mencari Pokemon,” kata Posavina Bez Mina di Facebook.

Dianggarkan lebih 120,000 periuk api masih belum dimusnahkan dan tersembunyi di Bosnia-Herzegovina.

Hampir 600 kematian disebabkan periuk api direkodkan selepas perang di Bosnia tamat pada 1995.

Awal minggu ini sahaja, dua remaja di Amerika Syarikat ditembak kerana menceroboh kediaman dan disalah anggap sebagai pencuri.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia