english Hidup Remaja Berkisar Dalam Sebuah Baldi | MIMPIDHIA

Hidup Remaja Berkisar Dalam Sebuah Baldi





Seperti remaja lain, Rahma Haruna mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjalankan perniagaan. Namun siapa yang boleh melawan takdir. Hidupnya hanya berkisar di dalam sebuah baldi.

Rahma, yang berusia 19 tahun dan berasal dari Kano, Nigeria ini, tidak mempunyai kaki. Dia dilahirkan normal namun ketika berusia enam bulan, pembesarannya telah terhenti.

“Sejak berusia enam bulan dia belajar untuk duduk dan tidak boleh merangkak. Ia bermula dengan demam kemudian perutnya sakit sebelum menular ke bahagian tangan,’’ kata ibunya Fadi.

Bagi memudahkan Rahma bergerak ke seluruh kampung, keluarganya meletakkan dia di dalam baldi.

Rahma paling rapat dengan adik lelakinya yang berusia 10 tahun, Fahad dan kanak-kanak itu selalu membantu kakaknya termasuk memandikannya.

Punca keadaan Rahma itu tidak diketahui meskipun keluarganya telah bertahun-tahun mencari jawapan kepada penyakit tersebut.

Malah ada yang memberitahu Rahma berkeadaan sedemikian rupa akibat diganggu oleh jin.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia