english Penutupan Al-Aqsa.. | MIMPIDHIA

Penutupan Al-Aqsa..

Tetapi… Siapakah Yang Lebih Jahat?




Kebiadaban Yahudi dengan menutup dan mengawal sepenuhnya Masjid al-Aqsa sejak insiden pembunuhan pada 14 Julai lalu terus mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Umat Islam tidak dibenarkan solat Jumaat di masjid yang ketiga sucinya dalam Islam itu, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Sejak insiden tersebut, Hizbut Tahrir di Palestin melakukan kempen besar-besar untuk menyedarkan umat Islam tentang solusi bagi al-Aqsa khususnya, dan Palestin amnya, dengan tema “Al-Aqsa seeks the victory from the Islamic Ummah and its armies to establish the Khilafah and liberate Bait al-Maqdes” (Al-Aqsa menuntut kemenangan daripada umat Islam dan tentera mereka untuk mendirikan Khilafah dan membebaskan Baitul Maqdis). Seruan, demonstrasi dan perarakan dilakukan oleh Hizbut Tahrir di Tebing Barat dan juga Semenanjung Gaza.

Ya itulah solusi sebenar bagi Palestin dan al-Aqsa yakni dengan bergeraknya tentera Islam untuk berjihad melawan Yahudi dan seterusnya membebaskan tanah suci lagi diberkati itu daripada tangan-tangan kotor Yahudi laknatullah. Sesungguhnya tidak ada solusi lain selain daripada ini. Ini kerana, realitinya Yahudi sedang menawan al-Aqsa dengan kekuatan tentera sebuah negara. Maka tentera wajib dilawan dengan tentera, barulah kemenangan akan tercapai Insya Allah.

Malangnya sejak jatuhnya Palestin ke tangan Yahudi lebih kurang 8 dekad yang lalu, solusi jihad tidak pernah diambil oleh penguasa mahupun tentera umat Islam. Padahal terdapat lebih daripada 50 buah negeri umat Islam, manakala entiti Yahudi itu sendiri sebenarnya berada dalam keadaan “terkepung” oleh negeri-negeri Arab yang jika bergeraknya tentera umat Islam di sekelilingnya, Yahudi akan dapat dilenyapkan dengan sekelip mata sahaja dengan izin Allah.

Sungguh tragis ke atas umat ini apabila para penguasa Arab dan negeri kaum Muslimin lainnya hanya mengarahkan tentera mereka untuk memerangi sesama Muslim sahaja (satu hal yang jelas-jelas haram) dan bukannya untuk memerangi kafir harbi seperti Yahudi dan Amerika (yang jelas-jelas wajib diperangi). Lihatlah bagaimana Arab Saudi mengetuai pakatan lebih 30 negara untuk menyerang Yemen dan yang terbaru untuk memerangi Qatar. Lebih buruk, mereka melakukan itu semua atas restu daripada kafir harbi Amerika itu sendiri!

Sesungguhnya pembebasan Masjidil Aqsa bukanlah sukar sekiranya penguasa dan tentera kaum Muslimin menyahut perintah Allah untuk memerangi Yahudi. Malangnya, para penguasa dan tentera ini hanya menyahut perintah Amerika dan PBB untuk memerangi sesama Muslim. Lebih hina, para penguasa inilah yang sebenarnya menjadi penjaga Yahudi dengan melakukan pelbagai perjanjian keamanan, perjanjian dagang, diplomatik dan lain-lain dengan entiti haram itu.

Sedarlah wahai umat Islam bahawa Yahudi laknatullah ini memang jahat dan hal ini sudah maklum sejak lebih seribu tahun yang lalu, tetapi persoalannya:-

Siapakah yang lebih jahat di antara orang yang memecah masuk rumah kita dan membunuh saudara-saudara kita, berbanding dengan orang yang mampu menolong kita dan mampu mengalahkan si pembunuh dengan mudah, tetapi sengaja tidak melakukannya, sebaliknya hanya berpeluk tubuh menyaksikan rumah kita dipecah masuk dan saudara-saudara kita dibunuh dengan kejam di depan matanya? Siapakah yang lebih jahat...? Siapakah...?
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia