SEORANG wanita 'negro' warganegara asing, berperangai samseng selepas melanggar kereta orang lain, meskipun dirinya sendiri tidak mempunyai lesen memandu, malah 'roadtax' (cukai jalan) kereta yang dipandunya juga sudah tamat tempoh.
Perkara itu didedahkan oleh Mie Carey dalam satu kiriman di laman Facebook miliknya selepas menjadi mangsa apabila keretanya dilanggar oleh wanita 'negro' itu.
Kenderaan yang dipandu oleh wanita 'negro' tersebut telah bergesel dengan banyak kenderaan termasuk kereta yang dipandunya, akibat tidak lepas ketika memotong di laluan kiri.
Mie nekad mengejar wanita itu dari IOI Putrajaya sehingga ke Cyberjaya. Namun selepas bertemu, wanita itu enggan mengakui kesalahannya, sebaliknya menuduh Mie pula yang telah melanggar keretanya.
Mie bertindak menghubungi pihak polis, dan sempat merakam kejadian ketika mereka bertengkar sebelum telefon bimbitnya dijatuhkan oleh wanita negro tersebut.
0 comments:
Post a Comment