Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memeriksa gajet ‘fidget spinner‘ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.
Sampel permainan itu di pasaran perlu dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa.
Itu adalah langkah jangka masa pendek yang boleh di ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.
Untuk jangka masa panjang, jawatankuasa khas perlu di tubuhkan yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan seperti ini serta barangan lain.
Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK.
Ini mengulas kebimbangan terhadap barangan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan pemainnya, khususnya pelajar sekolah.
Di laporkan beberapa badan bukan kerajaan menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan diguna untuk tujuan jenayah.
Gajet yang pada asalnya dicipta untuk penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya.
Antara kesannya seperti berlaku di Britain, membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hampir buta angkara terkena bilah ‘fidget spinner’ selepas terbabas dari tangan rakannya ketika sedang asyik melakukan beberapa aksi
0 comments:
Post a Comment