english Budak Terselamat Lepas ‘Digilis’ 2 SUV | MIMPIDHIA

Budak Terselamat Lepas ‘Digilis’ 2 SUV






SEORANG kanak-kanak melalui detik cemas apabila nyaris digilis dua kenderaan SUV (kenderaan utiliti sukan) ketika sedang melintas jalan raya dalam kejadian di Xiachang, Sinchung, China, Isnin lalu.

Rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu pada mulanya melintasi jalan raya sambil berlari di mana kesemua kenderaan berhenti bagi mematuhi lampu isyarat.

Kanak-kanak bertuah itu kemudiannya meneruskan langkah ke laluan bersebelahan di mana sebuah kenderaan utiliti sukan SUV secara tidak sengaja terlanggar budak terbabit.

Terbaring dalam keadaan cedera, sebuah lagi SUV kelihatan melalui jalan sama tanpa sedar akan kehadiran kanak-kanak terbabit.

Ibu mangsa yang melihat kejadian bergegas mendapatkan anaknya yang terbaring di jalan raya.

Terselamat daripada maut, kanak-kanak itu disahkan hanya mengalami luka di bahagian dahi
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia