english Padah Swafoto Dengan ular...Remaja Maut Dipatuk | MIMPIDHIA

Padah Swafoto Dengan ular...Remaja Maut Dipatuk



CARI NAHAS… Seorang remaja di India maut akibat dipatuk ular tedung ketika cuba merakam gambar mencium reptilia berbisa itu pada 2 Februari lalu.

Somnath Mhatre, 18, seorang sukarelawan penyelamat ular mengeluarkan reptilia itu dari keretanya untuk dilepaskan di tempat yang selamat.

Dia kemudian bergaya dengan mencium belakang kepala ular tedung itu untuk bergambar namun reptilia itu berpaling dan mematuk dadanya.





Mhatre kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Navi Mumbai untuk diselamatkan dan meninggal dunia lima hari kemudian.

Seorang rakan sukarelawan yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata “Mhatre telah menyelamatkan ular itu yang berada dalam kereta di kawasan perniagaan di daerah Belapur.

“Selepas itu, dia membawa ular tersebut ke suatu kawasan di mana dia cuba untuk merakam aksinya mencium belakang kepala reptilia berbisa itu.

“Semasa merakam gambar itu, tiba-tiba ular tersebut berpaling dan mematuk dadanya.”

Difahamkan sejak bergelar sukarelawan penyelamat ular, Mhatre telah berjaya menyelamatkan 100 ekor ular.

Susulan kejadian itu, pasukan aktivis menyeru pihak jabatan perhutanan untuk mengeluarkan garis panduan bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam merakam dan memuat naik gambar beraksi dengan reptilia berbisa seperti ular


Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia