english baling cawan ke kepala ibu...anak derhaka dipenjara 9 bulan | MIMPIDHIA

baling cawan ke kepala ibu...anak derhaka dipenjara 9 bulan



Mohd. AFIQ (kanan) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Seremban semalam selepas dipenjara sembilan bulan atas kesalahan membaling cawan kaca hingga mencederakan ibunya sendiri.


SEREMBAN – Seorang penganggur yang bersikap panas baran dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah memba­ling cawan kaca ke arah ibu kandungnya sendiri sehingga mendatangkan cedera, bulan lalu.

Mohd. Afiq Abdullah, 31, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Zaki Abd. Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Siti Bujal, 68, dengan cara memba­ling cawan kaca ke bahagian kepala di sebuah rumah di Kampung Che Lah, Mantin dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang, 23 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia