english harimau juga jadi mangsa banjir kau tauuu..!!! | MIMPIDHIA

harimau juga jadi mangsa banjir kau tauuu..!!!



INILAH imej harimau dewasa sedang duduk di kawasan semak yang sempat dirakamkan oleh pengguna LPT2 kelmarin.

DUNGUN – Gara-gara banjir yang melanda Terengganu, seekor harimau keluar dari habitatnya sehingga menggemparkan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas dijumpai berehat di kawasan semak di KM354.3, LPT2 berhampiran Bukit Besi dekat sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Per­hilitan) Terengganu, Mohd. Hasdi Husin berkata, pemeriksaan anggotanya mengesahkan kehadiran harimau terbabit selepas menjumpai kesan tapak kaki haiwan liar terbabit di lokasi kejadian.

“Perhilitan Terengganu menerima laporan berhubung penemuan seekor harimau dewasa oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 7 malam semalam (kelmarin).

“Berdasarkan kesan tapak kaki terbabit, haiwan itu disahkan sebagai harimau dewasa, namun jantinanya masih belum dikenal pasti,” katanya .

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia