english Nak Pulangkan Dompet Dapat Isyarat Lucah | MIMPIDHIA

Nak Pulangkan Dompet Dapat Isyarat Lucah

SATU video yang dirakam oleh seorang penunggang motosikal memaparkan pemandu kereta berwarna perak yang tercicir dompet selepas selesai isi minyak di sebuah stesen minyak.

Kejadian yang berlaku itu tidak disedari oleh pemandu kenderaan tersebut. Malah sebuah telefon bimbit juga dilihat turut berada di atas bumbung kereta itu.

Penunggang berkenaan yang berada di belakangnya berhenti dan ambil dompet itu sebelum cuba memulangkan dompet dengan bertindak mengejarnya dan membunyikan hon agar lelaki itu memberhentikan keretanya.

Malangnya, lelaki itu telah menunjukkan isyarat lucah terhadap penunggang motosikal berkenaan.

Terkejut dengan kelakuan pemandu itu, dia sekali lagi mengejar pemandu berkenaan dan memberitahu bahawa dompet milik lelaki itu terjatuh.

Menyedari dompetnya di tangan penunggang berkenaan, lelaki itu memberhentikan keretanya dan berkata “Thank you so much bro,”.

Bagaimanapun penunggang itu bertindak ‘balas dendam’ kepada pemandu tersebut dengan hempaskan telefon bimbit ke atas jalan kerana memberi isyarat lucah kepadanya sebelum memecut lalu meninggalkan tempat tersebut.

Tidak pula dinyatakan di manakah lokasi dan bilakah insiden tersebut berlaku tetapi dipercayai ia berlaku di luar negara baru-baru ini.






Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia