english Beg Galas Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Dan Peranti Pintar | MIMPIDHIA

Beg Galas Yang Boleh Mengecas Komputer Riba Dan Peranti Pintar






Pada hari ini, dengan penggunaan pelbagai peranti pintar sepanjang hari dalam kehidupan harian. Menyedari perkara ini dan permintaan untuk pengecas mudah-alih daripada ramai pengguna, beberapa pengeluar telah hadir dengan penawaran beg galas yang diintegrasikan dengan bateri padanya. Kini, menyertai pelbagai penawaran di pasaran adalah HP.

Seperti ramai sedia maklum, HP merupakan pengeluar komputer terkemuka dan baru-baru ini telah hadir dengan HP Spectre yang sangat nipis. Penawaran terbaru daripada HP ini adalah sebuah beg galas yang menyertakan bateri berkapasiti 22,400mAh, dinamakan sebagai HP Powerup Backpack.

Daripada video promosi yang disediakan oleh HP, mereka mengatakan bateri yang hadir terbina pada beg galas ini boleh mengecas telefon pintar sehingga 10 kali, ataupun digunakan untuk mengecas penuh sesuatu komputer riba.

Beg galas ini membawakan rekaan seumpama pelbagai beg galas lain di pasaran, tetapi turut hadir dengan beberapa poket khusus untuk meletak beberapa peranti dan perkara lain, disamping ruangan udara supaya beg tidak menjadi panas ketika mengecas.

Penawaran terbaru daripada HP ini semestinya akan menjadi pilihan ramai pengguna yang sering bertugas di luar. HP Powerup Backpack ini boleh dipra-tempah melalui Amazon hari ini pada harga $199 (~RM803), dan akan ditawarkan bermula 1 Oktober kelak.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia