english Lelaki Hampir Mati Telan 8 Biji Paku | MIMPIDHIA

Lelaki Hampir Mati Telan 8 Biji Paku








Seorang  lelaki dari Xinjiang, China hampir maut selepas menelan 8 biji paku berukuran 15 sentimeter selepas dicabar oleh rakan-rakannya.

Menurut sumber, lelaki itu dikatakan menelan paku pada 17 Mac lalu namun kesakitannya hanya dirasai baru-baru ini sehingga memaksa pembedahan dilakukan bagi membuang paku yang ‘bersarang’ dalam badannya.

Insiden makan paku bermula apabila rakan-rakannya tidak percaya dengan kata-katanya bahawa dia merupakan seorang penelan senjata terlatih.

Selepas diejek, dia yang merasa tercabar kemudiannya terus mengeluarkan paku-paku yang disimpan dalam poket sebelum menelannya di hadapan rakan-rakannya.

Hanya selepas dia menelan 8 paku, baharu kawannya meminta dia menghentikan perbuatan tersebut yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatannya.

Hasil pemeriksaan imbasan badan X-ray, doktor terkejut dengan penemuan itu yang mana paku tersebut telah tertanam dalam perutnya sehingga pembedahan terus segera dilakukan bagi mengelak sebarang risiko kematian.

“Selepas menelan paku-paku itu saya tak rasa apa-apa sakit pun. Saya langsung tak sangka ia akan jadi teruk macam ini,” ujar lelaki berkenaan.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia