english Gelandangan Beli Kedai Bakeri Pada Harga RM5.50 | MIMPIDHIA

Gelandangan Beli Kedai Bakeri Pada Harga RM5.50





SEBAGAI membalas budi kepada gelandangan yang telah menyelamatkan nyawanya, pemilik kedai bakeri di Perancis, Michel Flamant, 62, mahu menjual perniagaannya kepada gelandangan terbabit pada harga hanya RM5.50.

Bagi Michel, dia tidak mempedulikan mengenai wang sebaliknya jika Jerome Aucant tidak menyelamatkannya, sudah tentu dia meninggal dunia.

Meskipun Jerome seorang gelandangan, namun Michel tidak pernah memandang rendah pada lelaki itu. Malahan setiap hari dia akan memberikan minuman dan makanan kepada Jerome.

Pada suatu hari, Jerome melihat Michel terhoyong hayang selepas salah satu daripada ketuharnya telah bocor. Jerome dengan pantas menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Michel terpaksa dirawat selama 12 hari di hospital akibat terhidup gas karbon monoksida dari oven berkenaan.

Selepas keluar dari hospital, Michel mempelawa Jerome bekerja separuh masa dengannya dan dia mengajar Jerome membuat kek dan roti.

Disebabkan sikap Jerome yang dedikasi terhadap tugasnya, ia menyebabkan Michel yakin Jerome adalah penggantinya apabila dia bersara kelak.

“Saya tidak peduli tentang wang. Jika Jerome tiada, sudah tentu saya juga sudah meninggal dunia,’’ katanya
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia