english Peti Sejuk Pintar Samsung Ada Skrin Terbina Bersaiz 21.5-inci | MIMPIDHIA

Peti Sejuk Pintar Samsung Ada Skrin Terbina Bersaiz 21.5-inci

Samsung mempunyai pelbagai penawaran peralatan dan perkakasan elektronik dibawah mereka, dan salah satunya adalah peti sejuk. Untuk tahun 2016 ini, Samsung hadir dengan peti sejuk yang mengintegrasikan fungsi Family Hub melalui skrin bersaiz 21.5-inci.

Pada Family Hub, pengguna boleh berkomunikasi dengan meninggalkan nota, melihat kalendar, melihat gambar, dan membuat beberapa tetapan lain menggunakannya. Ia turut boleh digunakan untuk melihat resipi makanan, selain membuat beberapa perkara yang lain.

Disamping Family Hub, pihak Samsung turut membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar ke peti sejuk, dan menguruskan beberapa perkara melaluinya.

Peti sejuk generasi baru ini turut hadir dengan kamera terbina pada bahagian dalaman untuk membolehkan pengguna melihat apakah barangan yang ada dalam peti sejuk mereka. Ini sangat berguna ketika pengguna ingin membuat pembelian barangan rumah dan boleh menyemak kandungan pada peti sejuk secara masa-nyata menggunakan telefon pintar.

Satu lagi ciri inovatif yang disertakan adalah kebolehan untuk sesiapa didalam rumah untuk menambah senarai barangan yang perlu dibeli – dan memudahkan proses pembelian berkenaan.

Ciri lain yang turut diintegrasikan adalah penyertaan pembesar suara untuk memainkan muzik melaluinya, ataupun menonton video kegemaran dengan memindahkannya daripada televisyen pintar Samsung terus ke skrin pada peti sejuk ini yang biasanya diletakkan di ruang dapur.

Harga jualan peti sejuk ini masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan mungkin diumumkan oleh Samsung Malaysia dalam beberapa bulan lagi.







Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia