english Minum Jus Katak Boleh Jadi Besar Dan Kuat...? | MIMPIDHIA

Minum Jus Katak Boleh Jadi Besar Dan Kuat...?



Minum Jus Katak Boleh Jadi Besar Dan Kuat.....!Buwekk!!!

Yarkkk!!!Jus katak??Agak-agak korang sanggup tak nak minum jus katak semata-mata nak jadi sihat dan bertenaga?Huhu. Boleh lari keliling padang tak henti-henti. Tu kalau kat padang. Kalau kat katil plak cane?





LONDON: Park Ji-Sung (atas) men­dedahkan betapa jus katak adalah ramuan rahsia di sebalik kejayaannya mengelilingi segenap pelusuk padang yang menjadikan pemain Korea Selatan itu sebagai kunci kejayaan Manchester United. Larian bertenaga Park menjadi kunci penting dalam resipi kejayaan direncanakan dan ramuan pahit itu yang menjadi asas kepada peningkatan pemain tengah itu. Selepas menunjukkan bakat bola sepak ketika kanak-kanak, perkembangan Park dilihat terbantut kerana dia tidak memiliki tubuh fizikal diperlukan menangani keperluan pemain bola sepak di peringkat tertinggi.

Dalam usaha mempercepatkan perkembangan Park, ayahnya akan membuat perjalanan jauh dari rumah di Suwon ke wilayah Go-heung. Dia akan mengunju­ngi ladang katak mengumpulkan bahan bagi minuman protein pelik itu.

Apabila pulang ke rumah, jus katak itu akan direbus sebelum ditelan semuanya oleh Park.

Park mengakui jus itu menjijikkan tetapi remaja bertubuh kurus sanggup melakukan apa-apa dalam usaha menjadi pemain bola sepak.

"Ayah saya pergi menangkap katak liar. Saya bertubuh kurus dan lemah dan ayah saya mendengar bahawa jus mereka akan memberikan saya kekuatan dan membesarkan saya," kata Park.

"Ia rasa begitu teruk tetapi saya perlu minum kerana saya mahu menjadi pemain bola sepak dan semua orang berkata saya perlu menjadi lebih besar dan kuat. Mereka berkata ia adalah bagus untuk kesihatan dan saya sanggup makan apa-apa untuk meningkatkan kesihatan saya."

Haaa..Pasal jus katak tadi, kalau orang islam korang jangan nak mengada-ngada nak minum plak. Benda dah haram tetap haram k. Huhu. Bye

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia