english mangsa pertama mercun buatan sendiri | MIMPIDHIA

mangsa pertama mercun buatan sendiri



Tiga batang jari kiri Wan Rodzi yang hancur dibalut ketika dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu


KOTA BHARU – Gara-gara mela­kukan eksperimen dengan mengubah suai belerang mercun bola dan dimasukkan ke dalam sebatang besi, seorang lelaki hancur tiga batang jari ta­ngan kiri selepas terkena letupan di Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, Wan Rodzi Wan Dullah, 47, cedera pada ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan tapak tangan kiri selepas mercun yang diubah suai tersebut tiba-tiba meletup.

Wan Rodzi yang bekerja sendiri berkata, sebelum kejadian dia mencampurkan belerang dari mercun bola dan memasukkan ke dalam sebatang besi sebelum meletakkan satu sumbu.

“Ketika membakar sumbu mercun itu di hadapan rumah, ia tiba-tiba meletup dan saya tidak sempat melemparkannya ke arah lain.

“Tangan kiri saya terasa amat sakit. Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur akibat terkena serpihan besi dan letupan belerang tersebut,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini kelmarin




##



ingat budak budak....la rupanya dah taraf bapak budak...tu lah padah nya buat kerja sia sia dan memudaratkan diri sendiri dan orang lain...kalau kena orang lain mcm mana ...siapa nak bertanggungjawab...?.lepas ni jgn ada yang lain tiru perbuatan pakcik nie...

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia