english Lagi Episod Nak Mampos....Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus | MIMPIDHIA

Lagi Episod Nak Mampos....Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus





LAGI kejadian kereta dipandu melawan arus dan kali ini berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Kulai, Johor menghala utara.

Sebuah video dimuat naik memaparkan sebuah kereta jenis Myvi memandu dalam keadaan laju di lorong bertentangan di lebuh raya tersebut.

Kenderaan tersebut turut menggunakan lorong kiri iaitu untuk lorong laju sepanjang memandu bertentangan arah.

Individu yang merakam video tersebut menganggap pemandu tersebut gila dan membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.

“OKU tak buat macam ini, ini orang gila ini,” kata individu dalam video tersebut.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 27 saat itu turut memaparkan kereta Myvi itu tetap meneruskan perjalanan dan tidak berhenti di kawasan rawat dan rehat.

Sebelum video tersebut tamat, pemandu kereta Myvi tersebut seperti memberhentikan kenderaannya namun tidak diketahui perkara yang terjadi selepas itu.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia