english Bawa Singa Bersiar Ditahan Polis | MIMPIDHIA

Bawa Singa Bersiar Ditahan Polis





KARACHI – Seorang lelaki yang bawa singa betina peliharaannya di belakang kenderaannya dituduh mengganggu ketenteraman awam selepas video dirakam orang ramai mengenai perbuatannya tular.

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke media sosial, singa tersebut dilihat di belakang kereta lelaki itu.

Polis berkata, Saqlain Javed, peniaga haiwan tempatan yang berusia 30-an ditangkap selepas penduduk membuat laporan.

Saqlain bagaimanapun memberitahu polis, dia dalam perjalanan menemui seorang veterinar serta mempunyai permit dan dokumen lengkap mengenai harimau berkenaan.

“Kami membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin,” kata Muqadas Haider, pegawai kanan polis tempatan.

Video itu ditonton lebih sejuta kali di Facebook dengan kebanyakan pengguna menyelar sikap lelaki itu yang mereka anggap hanya mahu menunjukkan kekayaannya

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia