english Udang Palsu Masuk Pasaran KL | MIMPIDHIA

Udang Palsu Masuk Pasaran KL





SEBELUM ini, ada sahaja laporan mengenai makanan palsu dari China yang masuk ke dalam beberapa buah negara termasuk Malaysia dan ia semakin membimbangkan.

Terbaru, sebuah video menjadi tular apabila seorang lelaki mendedahkan ada udang palsu yang dikatakan sudah memasuki pasaran di Kuala Lumpur.

Menerusi video ini , lelaki itu mendakwa udang jenis mata kecil itu adalah produk buatan China dan mengandungi banyak bahan kimia.

Lelaki berkenaan telah menunjukkan demonstrasi bagi membezakan udang yang didakwa palsu berbanding udang asli.

“Udang asli bila kita rebus, ia terus merah, tapi ‘udang jeli’ tak merah,” katanya dalam video tersebut yang ditujukan untuk masyarakat Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur.

Selepas udang tersebut direbus dan diangkat dari dalam kuali, dia menunjukkan tekstur udang yang didakwa palsu itu.

“Yang tiruan seperti jeli,” katanya sambil menggerak-gerakkan udang yang dipegang.

“Kalau udang betul, tak macam ni, ia keras. Rasanya juga tak macam udang, nampak saja macam udang,” dakwanya.

Dalam hal ini, pengguna perlu lebih berhati-hati apabila memilih makanan dan jadilah penguna yang bijak bagi mengelakkan daripada ‘terbeli’ udang palsu ini.

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia