english Safety Mode: Menapis kandungan video tidak bermoral | MIMPIDHIA

Safety Mode: Menapis kandungan video tidak bermoral



YouTube telah  memperkenalkan penapis maklumat , Safety Mode, bagi membantu penggunanya menapis kandungan video tidak bermoral atau ganas.

Penggunaan Safety Mode juga dapat menghilangkan segala teks yang tidak sepatutnya.

YouTube milik Google selama ini menghalang penyiaran kandungan tidak mesra keluarga, termasuk pornografi dan video yang memaparkan keganasan, penderaan haiwan, minum arak di kalangan bawah umur dan seumpamanya.

Namun Safety Mode menambah satu lagi tapisan terhadap kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak menyukai bahan- bahan yang lebih bersifat provokatif.

Pengurus Produk Bersekutu YouTube, Jamie Davidson berkata, contoh jenis kandungan ini mungkin video yang mempunyai nilai berita yang mengandungi keganasan seperti protes politik atau liputan peperangan.

Tapisan baru itu dilancarkan kelmarin dan bagi mengaktifkannya, pengguna perlu pergi ke YouTube dan klik di Safety Mode is off yang tertera di bahagian kiri bawah halaman ini.

Klik di On dan Save untuk mengaktifkan penapis berkenaan.

Selain itu jelasnya, selepas penapis aktif akan tertera perkataan-perkataan yang menunjukkan halaman- halaman yang tidak bermoral.

"Contohnya, jika anda menekan perkataan naked yang bermaksud bogel, anda tidak akan dapat melayari apa sahaja maklumat, gambar atau video lucah.

"Walaupun diakui mungkin Safety Mode mempunyai kelemahannya, ia adalah langkah terbaru bagi membantu pengguna terutama ibu bapa untuk mengawal apa yang boleh dilayari," ujarnya.

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia