english Surat Khabar Boleh Jadi Bunga Cantik | MIMPIDHIA

Surat Khabar Boleh Jadi Bunga Cantik

JEPUN merupakan negara kepada asal-usul ciptaan teknologi yang selangkah ke hadapan mendahului negara lain di dunia.

Jika diperhatikan dengan teliti, pelbagai perkara yang kita gunakan dalam kehidupan seharian sebenarnya dicipta oleh negara matahari terbit ini.

Lihat sahaja ciptaan dari mereka seperti kayu selfie, bateri sel kering, cakera padat, walkman dan pelbagai lagi yang kemudiannya menjadi ikutan satu dunia.

Maka tidaklah mengejutkan pada tahun 80-an dahulu, mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke Timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara.

Kini, sebuah lagi idea kreatif mereka yang mungkin boleh kita contohi adalah menerusi ciptaan surat khabar mereka iaitu, Green Newspaper.

Green Newspaper bukanlah seperti surat khabar kebiasaan, sebaliknya ia merupakan surat khabar khas yang membolehkan ia ditanam menjadi bunga atau tumbuhan-tumbuhan hijau setelah tidak digunakan.




Dengan menggunakan Green Newspaper, pengguna hanya perlu mengoyakkan kertas surat khabar itu kepada beberapa bahagian kecil di tanah, kemudian siram sedikit air dan biar sahaja mengenai cahaya matahari dalam beberapa hari.

Hasilnya pasti mengejutkan apabila benih-benih mikro yang terdapat pada kertas berkenaan akan tumbuh menjadi bunga-bungaan yang cantik.





Ciptaan surat khabar ini merupakan hasil cetusan idea Dentsu Inc, iaitu sebuah syarikat pengiklanan di bawah sayap syarikat penerbitan akhbar Mainichi Shimbunsha.

Menurut Dentsu, matlamat mereka adalah ingin menjadikan bumi lebih hijau dan pada masa yang sama sebagai satu langkah mengurangkan pencemaran alam.

Difahamkan, jualan surat khabar ‘mesra alam’ ini menerima sambutan yang teramat baik daripada penduduk Jepun apabila terjual lebih empat juta naskar sehari, sekaligus mengaut keuntungan sebanyak lapan juta yen dalam masa sebulan.

Sementara itu, inisiatif penggunaan Green Newspaper juga turut melibatkan institusi persekolahan, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai isu-isu alam sekitar dan mendidik kepada mereka tentang kepentingan kitar semula.

Adakah anda merasai idea surat khabar ‘hijau’ daripada Jepun ini sangat kool?


Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia