english digigit buaya ketika persembahan | MIMPIDHIA

digigit buaya ketika persembahan





Hanoi: Seorang lelaki hampir kehilangan wajahnya selepas digigit buaya ketika membuat persembahan dengan haiwan ganas berkenaan.

Lelaki yang tidak dikenali itu dilaporkan membuat persembahan di hadapan sekumpulan penonton di Ha Nam di timur Vietnam.

Dalam satu rakaman video yang tular di Internet, menunjukkan lelaki itu menenangkan buaya berkenaan sebelum dia memasukkan kepalanya ke dalam mulut haiwan sepanjang hampir dua meter.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba buaya itu menutup mulutnya menyebabkan lelaki berkenaan berusaha melepaskan kepalanya.

Apabila berjaya melepaskan kepalanya dari rahang buaya berkenaan lelaki itu terus memegang mukanya sambil menahan kesakitan.

Darah mengalir dari celah tangan lelaki itu dan suara penonton menjerit ketakutan juga jelas kedengaran.

Seorang petugas kemudian menghulurkan tuala kepada lelaki itu dan terus menjadi merah kerana tidak mampu menampung jumlah darah yang banyak.

Seorang pegawai pentadbiran Ha Nam, Pham Van Do berkata, Jabatan Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan menjemput sekumpulan penjinak buaya untuk membuat persembahan di bandar itu.

“Mangsa kini dirawat di Hospital Ha Nam dan keadaannya semakin pulih,” katanya. 9
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia