english Imej roh keluar dari mayat jadi viral | MIMPIDHIA

Imej roh keluar dari mayat jadi viral





Bangkok: Rakaman video yang kononnya menunjukkan roh keluar dari badan seorang wanita pembonceng motosikal yang mati dalam kemalangan menjadi viral di media sosial, terutama di Thailand.

Rakaman yang dikatakan dari CCTV di luar Kem Phibun Songkram di Lopburi, Thailand, itu dimuat naik Sutannaraj Suwannatada pada 17 September dan kini sudah ditonton 380,000 kali.

Kemalangan itu berlaku apabila motosikal dibonceng wanita dikenali sebagai Manee itu merempuh tiang lampu selepas melanggar pikap yang mahu memasuki simpang menyebabkan wanita berkenaan terbunuh manakala penunggangnya, seorang lelaki cedera.

Dalam rakaman itu, satu bayang samar-samar kelihatan keluar meninggalkan tubuh wanita berkenaan.

Namun, ramai yang mengkritik, mendakwa rakaman berkenaan disunting memasukkan imej bayang-bayang berkenaan.

Akhbar Thailand mengesahkan kemalangan itu berlaku namun sama ada betul atau tidak bayang kelihatan dalam rakaman itu benar-benar roh, tidak dapat dipastikan.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia