english Kucing Bantu Pelancong Sesat | MIMPIDHIA

Kucing Bantu Pelancong Sesat

GENEVA – Seorang lelaki yang tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland tidak menyangka dia akan ‘terhutang budi’ dengan seekor kucing.

Ini kerana hasil ‘bimbingan’ si comel berbulu hitam dan putih itu, lelaki warga Hungary tersebut berjaya kembali ke asrama tempat dia menginap.

Lelaki itu berkata dia tersesat jalan di kawasan pergunungan di kampung kecil Gimmelwald, apabila terserempak dengan kucing yang manja itu di tepi bukit.

“Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke asrama itu, dan satu-satunya caranya ialah menerusi satu laluan yang sudah ditutup. Di situlah saya jumpa kucing yang cantik itu.

“Ia lihat saya semasa saya sedang makan snek dan berehat memandangkan buku lali saya terseliuh. Sebaik sahaja bangun, kucing itu mula bimbing saya ke sebuah laluan,” kata lelaki itu lagi

Malah, katanya lagi, kucing yang manja itu asyik memandang ke arah dia dan merenungnya seolah-olah meminta dia mengekorinya. Dengan bantuan kucing tersebut, beliau berjaya turun ke lembah gunung dan kembali ke asramanya.

Lebih unik,  pelancong lain yang turut mengunjungi kawasan yang sama malah ada berkongsi gambar dan kisah mereka dengan kucing yang sama.

Kucing itu sebenarnya milik pasangan yang mengendalikan sebuah asrama berhampiran kawasan itu dan kerap berjalan bersama-sama para pelancong di kawasan tepi gunung.





Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia