english Ketam gangster ugut dengan pisau ketika cubaan melarikan diri | MIMPIDHIA

Ketam gangster ugut dengan pisau ketika cubaan melarikan diri





Sao Paulo: Seekor ketam dirakam menghunuskan pisau sambil cuba melarikan diri dari lelaki yang merakamnya.

Video yang viral di media sosial menunjukkan lelaki berkenaan cuba mengambil pisau itu, tetapi ketam berkenaan bertindak agresif dengan dilihat seolah-olah menghayunkan senjata itu bagi mengelak dirinya ditangkap.

Kebanyakan mereka yang mengulas rakaman berkenaan menganggapnya lucu dengan ada yang menulis, ketam itu mungkin tahu dia akan dimakan dan mempertahankan dirinya daripada tukang masak.

Ada pula yang menyifatkannya sebagai kekejaman terhadap haiwan sambil menyelar lelaki yang merakam video berkenaan kerana menakut-nakutkan ketam itu.

Seorang pakar marin berkata, dia percaya ada orang yang sengaja meletak pisau pada sepit ketam itu
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia