english Jamban Emas 18 Karat | MIMPIDHIA

Jamban Emas 18 Karat





NEW YORK – Arca seni berbentuk sebuah jamban yang diperbuat daripada emas 18 karat dipamerkan di Muzium Guggenheim, Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laman antarabangsa, jamban emas itu merupakan hasil buatan tangan daripada pengukir dan pengarca terkenal Itali, Maurizio Cattelan, 55 tahun.

Difahamkan, arca yang dinamakan sebagai Amerika itu mampu berfungsi sepenuhnya seperti tandas biasa.

Ianya dipasang di salah satu tandas di muzium berkenaan setelah Cattelan mengumumkan persaraannya daripada menghasilkan sebarang arca.

Beberapa pengawal keselamatan di tempatkan di pintu masuk tandas berkenaan. Pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa sebarang beg ketika memasukinya.

Setelah itu, pemeriksaan ringkas dilakukan ke atas setiap pengunjung untuk memastikan tiada barang berharga diambil.

Muzium yang terletak di Fifth Avenue itu menjadi tumpuan warga kota itu yang ingin melihat dan merasai sendiri jamban yang bernilai 2 Juta Dollar itu.

Selain Amerika, antara arca lain yang terkenal Cattelan ialah La Nona Ora (Jam Kesembilan) iaitu arca Paus Johanes Paulus II yang terjatuh di lantai kerana dihempap meteor
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia