english Cara Telur Rebus, Putih Di Dalam Kuning Di Luar | MIMPIDHIA

Cara Telur Rebus, Putih Di Dalam Kuning Di Luar



KANAK-KANAK pada umumnya lebih suka makan kuning telur berbanding bahagian putih telur. Semasa makan telur rebus mereka lebih cenderung buang bahagian putih kerana tidak gemarinya.

Namun ketika direbus, ada bahagian putih telur akan menutup bahagian kuning telur sehingga menyusahkan jika memang hanya ingin mengambil bahagian kuning telur itu sahaja.

Bagaimanapun sebuah video berdurasi pendek yang dimuat naik menerusi media sosial Facebook mengajarkan kepada kita cara rebus telur agar bahagian kuning telur pula berada di luar.

Pertama, tutup telur dengan pita plastik hingga menutup seluruh bahagian telur dan masukkan telur ke dalam kain yang nipis dan putarkan seperti bermain gasing.

Setelah selesai memutar, rebus telur ke dalam periuk seperti biasa. Apabila telur masak, kupas telur dan lihatlah hasilnya.

Maka ketika dikupas telur itu akan berwarna kuning dengan bahagian putih pula di dalam dan kuning telur di luar. Untuk melihat lebih lanjut lihat video tutorial di bawah ini.

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia