english Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya | MIMPIDHIA

Tahi Khinzir Kini Dikitar Semula Menjadi Bahan Binaan Jalan Raya



Berita yang melibatkan haiwan mughallazah seperti khinzir ini amat sensitif bagi sebilangan dari kita umat islam. Tetapi teknologi kitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam ini adalah amat menarik.

Para penyelidik di A&T State University Carolina Utara berjaya mengitar semula tahi khinzir menjadi bahan binaan jalan raya yang mesra alam. Tahi haiwan ini mengandungi bahan berminyak yang boleh menggantikan bitumen yang terhasil dari petroleum sebagai bahan binaan jalan raya.

Minyak yang dihasilkan ini juga lebih murah dari bitumen dengan harga sekitar 56 sen setiap gelen. Kerana ia dari sumber haiwan yang lestari, ia sekaligus menjadikannya lebih mesra alam dari petroleum yang digunakan sekarang. Mengitar semula tahi khinzir ini mengurangkan pencemaran akibat tahi disalurkan ke dalam sungai seperti yang berlaku di Malaysia sekarang.

Dianggarkan setiap tahun 43 Billion gelen tahi khinzir dihasilkan setiap tahun. Sekiranya ia dikitar semula masalah pencemaran air dapat diselesaikan dan kos membina jalan raya yang mahal dapat dikurangkan.

Di negara majoriti penduduk Islam teknologi ini mustahil akan digunakan tetapi siapa sangka tahi haiwan yang dipandang hina ini sebenarnya mampu membina jalan raya

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia