bahan bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil dry instant yis - saya pakai mauripan
secubit garam
sesudu susu - susu segar / susu tepung / susu pekat - untuk lembutkan doh
sebiji telur
1/5 cawan butter
minyak untuk menggoreng
sedikit air suam - saya pakai air paip :)
*kalau nak rasa lemak manis, letak gula sedikit.
Cara Penyediaannya :
Bancuh garam dalam air.
Satukan tepung, yis, butter dan susu.
Masukkan telur.
Uli lembut. Ketepikan hingga doh naik 2 kali ganda.
Uli lembut dan bentukkan donut.
Tunggu hingga donut naik cantik.
Goreng.
Tips untuk donut yang lembut : doh tu, biar naik. Setelah naik, uli lagi dan terus bentuk. Goreng sebaik sahaja ia naik semula. Jika di biarkan terlalu lama, donut akan keras.
0 comments:
Post a Comment