english obor-obor tiruan | MIMPIDHIA

obor-obor tiruan



OBOR-OBOR tiruan berenang di dalam sebuah kontena air masin di lokasi yang tidak didedahkan .

Menggunakan sel daripada jantung tikus dan silikon polimer yang amat nipis, sekumpulan saintis  melaporkan mereka telah mencipta obor-obor tiruan yang mungkin boleh menyelamatkan pesakit jantung.

Penemuan itu diharapkan mampu untuk menghasilkan sebuah pam untuk jantung.

Seorang profesor kejuruteraan bio di Sekolah Kejuruteraan dan Sains Gunaan Universiti Harvard,

Kevin Kit Parker mengetuai kajian untuk menghasilkan obor- obor tersebut.

Penciptaan itu membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekali gus menciptanya untuk kegunaan jantung manusia yang bermasalah.

Obor-obor itu diletakkan di dalam sebuah tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.

Para saintis itu kemudian meletakkan suis bagi menyalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut bagi membolehkan obor-obor itu bergerak.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia