english beli pantai hasil derma orang ramai | MIMPIDHIA

beli pantai hasil derma orang ramai



GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pantai Awaroa di Pulau Selatan, New Zealand.

WELLINGTON – Seorang lelaki New Zealand yang melancarkan kempen mengumpul dana berjumlah jutaan dolar bagi membeli sebuah pantai di Pulau Selatan dan menjadikannya taman awam berkata semalam bahawa dia sukar mempercayai yang impiannya menjadi nyata.

Duane Major melancarkan kempen untuk membeli Pantai Awaroa milik persendirian untuk dijadikan sebagai sebagai taman negara. Usahanya menjadi viral dan menarik 40,000 sumbangan berjumlah NZ$2.3 juta (RM6.6 juta).

Major yang menganggap dirinya sebagai ‘orang biasa’ hadir apabila pantai itu secara rasminya dimasukkan ke dalam Taman Negara Abel Tasman dalam satu upacara masyarakat Maori kelmarin.

“Mungkin kerana angin kuat tetapi satu atau dua titis air mata saya keluar,” kata Major dalam wawancara bersama TV3 semalam.

Pantai Awaroa seluas 800 meter persegi dilitupi pasir berwarna keemasan.

Lokasi itu berada dalam pasaran lewat tahun lalu, manakala ejen hartanah yang menjualnya melabelkan Awaroa sebagai pantai terbaik di dunia.

Major memutuskan untuk mewujudkan laman web mengumpul dana awam selepas berbincang dengan saudara-maranya pada musim cuti Krismas tahun lalu.

Dinamakan Givealittle, laman web itu menarik banyak sumbangan termasuk daripada syarikat besar berjumlah puluhan ribu dolar New Zealand dan kanak-kanak yang mendermakan satu dolar.

Kerajaan turut menyumbangkan NZ$350,000 (RM1 juta) bagi menjayakan kempen itu.
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia