english Tekad Ke Makkah Dengan Kayuh Basikal | MIMPIDHIA

Tekad Ke Makkah Dengan Kayuh Basikal



IPOH: Sepasang suami isteri yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dikatakan akan mencabar keupayaan mereka dalam berbasikal di mana mereka akan mengayuh dari Malaysia ke Makkah di dalam 'Kembara Memburu Hikmah' untuk menunaikan umrah dan haji jika bekesempatan.

Mereka, Ahmad Mohd Isa, 27, dan isterinya, Noradilah Mohd Sapie, 28, yang berkongsi minat yang sama dikatakan sudah biasa berbasikal sejauh 22 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerja dan akan cuba mencabar diri untuk mengharungi perjalanan sejauh 17,000 kilometer yang merentasi 13 buah negara dalam tempoh sembilan sehingga 12 bulan perjalanan.

“Kami bukan pengayuh basikal profesional, tetapi kami memang ‘kaki basikal’ dan membesar dengan berbasikal daripada zaman sekolah hingga ke universiti, kerana itu kami nekad mencapai impian ini.

“Persediaan mental dan fizikal sudah kami lakukan dan setakat ini rekod kami berkayuh dari Perlis ke Kuala Terengganu dengan mengambil masa lapan hari,” katanya
Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia