english China Cipta Drone Yang Boleh Bawa Manusia Terbang | MIMPIDHIA

China Cipta Drone Yang Boleh Bawa Manusia Terbang

MENGHAMPIRI tahun 2020, ingatkan kita dapat lihat kereta terbang tapi banyak teknologi lain yang lebih canggih dapat dilihat seperti drone yang direka oleh syarikat dari China ini.

Jika sebelum ini kita dapat lihat drone yang dilengkapi dengan GoPro, perlumbaan FPV (first person view) kini syarikat sEhang telah bergerak satu langkah ke depan dengan memperkenalkan Ehang184 Autonomous Aerial Vehicle – sebuah drone satu tempat duduk yang mampu membawa seorang penumpang dengan berat badan 100kg.

Dengan tagline “the safest, ECO-est and Smartest low altitude autonomous aerial vehicle” Ehang184 terbang sepenuhnya secara automatik. Pengguna hanya perlu melukis laluan penerbangan ke destinasi dan menekan butang ‘launch’ pada aplikasi tablet.

Ehang telah pun membangunkan protataip yang berfungsi sepenuhnya dengan kelajuan penerbangan 100km/h dan ketinggian mencecah 500 meter. Tempoh penerbangan yang mampu dilakukan oleh Ehang ialah 23 minit.

Ia mungkin menjadi langkah pertama dalam kewujudan kereta terbang pada masa hadapan.





Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia