english Kek Kahwin Lady Diana 34 Tahun Lalu Akan Dilelong | MIMPIDHIA

Kek Kahwin Lady Diana 34 Tahun Lalu Akan Dilelong






LOS ANGELES – Kek perkahwinan mendiang Puteri Diana yang dibuat 34 tahun lalu akan dilelong dengan harga £2,600 (RM16,800) sepotong.

Meskipun terlalu lama, kek buah itu masih boleh dimakan kerana kandungan alkoholnya yang cukup tinggi, menurut laporan media tempatan.

Kek istimewa tersebut dibalut khas dan dimasukkan ke dalam kotak sejak perkahwinan Diana dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981.

Kek yang bakal dijual di Amerika Syarikat itu juga diiringi dengan nota ucapan selamat daripada pasangan diraja berkenaan.

Jurucakap syarikat lelong Nate D Sanders, Sam Heller berkata: “Perkahwinan Diana dan Chales menarik tumpuan seluruh dunia.

“Malah, hingga ke hari ini, mendiang puteri itu masih menjadi tarikan.

“Saya pasti ramai yang bersedia untuk memiliki sekeping bahan sejarah daripada perkahwinan paling terkenal abad ke-20.”

Lelongan diadakan di Los Angeles pada hari ini

Share on Google Plus

About mimpidhia

BUKAN SEKADAR MIMPI... SHARING IS CARING ..SEGALA KOMEN ADALAH DI ALU ALUKAN...SPAMMER ADALAH DI LARANG.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia